Makassar Mulia
Kota Makassar Komitmen Dalam Kreatifitas

Penantian 11 Tahun, Ini Alasan Siti Nurhaliza Melahirkan di Hari Senin

Berita gembira datang dari dunia entertainment. Bintang pop asal Malaysia Siti Nurhaliza kini menjadi seorang ibu.

Editor: Rasni
kolase foto Datu Siti Nurhaliza 

Berikut postingan lengkapnya:

"Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus"

Kamar bayi dan Siti Nurhaliza
Kamar bayi dan Siti Nurhaliza (IST/ kolase tribun-timur.com)

Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sendiri menikah pada 2006.

Artinya kelahiran anak ini sudah ditunggunya selama 12 tahun.

Pada 2015 lalu, Siti mengalami keguguran. Ia mengumumkan kehamilannya keduanya ini pada Oktober 2017 lalu. (TribunTimur/Kompas.com)

Halaman 2 dari 2
Rekomendasi untuk Anda
Ikuti kami di
AA

Berita Terkini

Berita Populer

© 2025 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved